Voting

PERTANDINGAN TARIAN ANTARA RUMAH -PMR 2010

            Terima kasih kepada Bonda Pengetua, Puan Che Kamaliah Endud, atas dasar keperihatinan beliau dalam memartabatkan seni dan budaya tarian tradisonal, maka satu pertandingan tarian antara Rumah di adakan untuk pelajar-pelajar yang baru sahaja menamatkan peperiksaan PMR mereka.

            Bukan itu sahaja, Bonda Pengetua berbesar hati mengadakan satu Bengkel Khas oleh ENCIK DESA BIN MD RAHMAN seorang koreografer terkenal dari Yayasan Negeri Sembilan. Bengkel ini di adakan supaya para penari dapat menyelami dengan lebih lagi apakah yang di maksudkan dengan tarian tradisonal, teknik dan gaya yang terbaik dalam setiap langkah dan rentak dan akhirnya mereka  berjaya merealisasikan impian Bonda dalam menjadikan tarian sebagai cara yang terbaik untuk mereka menjadikan ruang masa untuk di penuhi seterusnya dapat menyelami ketinggian martabat tarian tradisional amnya.


       Keprihatinan bonda dalam budaya seni tarian telah di teruskan iaitu mengadakan satu pertandingan tarian antara RUMAH khas untuk pelajar-pelajar tingkatan 3 yang baru tamat dalam peperiksaan PMR 2010.

      Mereka menguruskan sendiri pakaian dan makeup selain itu apa yang paling di kagumi ialah mereka berjaya mengkreografikan tarian dengan cantik sekali di mana mereka di bahagikan kepada dua kategori iaitu kategori A -Tradional dan Kategori B -Kontemporari....dengan persiapan yang profesional mereka berjaya memberikan satu persembahan yang sungguh mengkagumkan bukan hanya kepada warga TKC tetapi kepada hakim-hakim jua...tidak sia-sia sungguh apa yang di pelajari di bengkel tersebut..

      TAHNIAH .....DAN TERUSKAN



JOHAN : SITI ZAWIAH
NAIB JOHAN : SELENDANG DELIMA
TEMPAT KE TIGA :MAHSURI
KE EMPAT : TUN FATIMAH






 RUMAH MAHSURI
















Kolej Tunku Kurshiah

    

RUMAH SELINDANG DELIMA










RUMAH TUN FATIMAH